Saturday, August 3, 2013

Salah orang lain, puncanya mungkin KITA SENDIRI!

Salam wbt....

Apa khabar iman? Bertambahkah atau berkurangkah??
Keputusan permohonan asrama universiti baru sahaja diumumkan. Maka yang bernasib baik akan lulus dan lumrah ada yang ditolak.
Sungguh.. Keputusan yang diumumkan ini banyak pihak yang tidak berpuas hati. Dan saya mengaku, termasuk saya sendiri adalah salah seorang daripadanya.
Namun yang diingatkan pada diri. Ini ujian. Akan ada hikmahnya. Atau mungkin juga. Ini hukuman. Ya, hukuman! Muhasabah diri semula. Dalam mencari setiap kesalahan pihak pengurusan, mungkin ada salah kita tanpa disedari. Terutama mulut, percakapan, cabaran dan doa tanpa sedar. Sepanjang diberi tempat di asrama. Adakah kita bersyukur sepanjang masa? Atau tanpa sedar kita pernah terlepas cakap "leceh betol duk hostel, duk kat rumah sewa lagi best" atau "mahal gila yuran asrama sampai 600 satu sem. Duk rumah sewa lagi murah kot.." Nahh... Mungkin tanpa sedar Allah dengar doa itu.lalu diperkenankan sekarang.. Ya, pahit! Tapi itulah ragam kita sebagai manusia yang kadang kala rasa tak bersyukur. Lalu Allah timpakan ujian untuk buat kita sedar dan jadi lebih kuat.
Selagi mana bergelar mahasiswa, kita terikat dengan ujian-ujian seperti ini. Asrama, pelajaran, kawan dan cinta umumnya.
Be positive. Masa depan ada ujian lagi. Masih akan ada ujian pekerjaan, jodoh dan sebagainya. Selagi kita masih bisa menyedut nafas percuma dari Allah.

Ujian tanda cinta Allah. Pernah Saidina Ali bercerita pada isterinya Fatimah Az-Zahra dengan linangan air mata. "Aku risau dan sedih kerana aku tidak diberikan sebarang ujian selama dua tiga minggu ini.. Adakah Allah sudah melupakan aku??"
Subhanallah.. Betapa risaunya diri kerana takut dilupakan Allah. Betapa selama ini dia menerima setiap ujian dgn senang hati sebagai tanda kasih sayang Allah..
Semoga... Diri ini dan semua yang mengaku mencintai Allah akan sentiasa redha. Sentiasa positif. Sentiasa istiqamah.. Insha Allah..