Monday, May 26, 2014

Mehnah Itu Makanan Pejuang

24/5/2014


Aku keluar ke Larkin, Johor dengan kawan-kawan.
Dan dah tentu, aku ketika itu berpurdah.


Di stesen bas,seorang pakcik 'ulat tiket', lingkungan 45 tahun ke atas dengan rantai di leher dan gelang di tangan menegur aku dan kawan.

Katanya "Islam dah gariskan bahawa perempuan ni perlu menutup seluruh tubuh kecuali muka & tapak tangan. Jadi kenapa perlu awak tutup muka? Orang perempuan zaman Rasulullah je buat macam tu. Itupun sebab padang pasir, nak tutup habuk."


MasyaAllah pakcik ni. Dalam hati memang aku nak lawan, tapi disabarkan oleh kawan yang lain. Tambahan dia lebih tua dan perlu dihormati, apatah lagi di kawasan ramai orang.
Doaku, semoga Allah permudahkan jalan untuk pakcik ini mendalami Islam yang sebenar. Bukan menolak hukum yang sunat tapi mendiamkan hukum yang jelas-jelas haram. 
Wallahualam.


Bagiku, kalau mula-mula bertudung labuh dulu pun aku boleh lalui benda yang sama, why not sekarang? Apalah sangat pandangan dunia berbanding pandangan Dia

Monday, May 5, 2014

Bukan Wanita Sempurna

1 Mei 2014 bersamaan 1 Rejab 1435.

Melangkah satu langkah dalam perubahan hidup. 
Purdah yang dihadiahkan (percuma) oleh seorang kawan aku pakai pada hari itu. 
Sungguh, memang tak mudah walaupun ini impian aku sejak beberapa tahun yang lalu. Cuma aku terfikir, aku masih tak layak untuk mengenakannya. Bila difikirkan, bila lagi aku mampu andai aku menanti untuk benar-benar berasa bersedia.

Pemakaian ini masih part-time, kerana aku masih punya tanggungjawab yang perlu aku dahulukan. Ada sebabnya mengapa. Jangan pernah mengaharapkan aku untuk sempurna. 
Aku cuma Aisyah. Bukan Aisyah Humaira’ isteri tercinta Nabi Muhammad SAW.

Ilmuku masih dangkal. Imanku masih senipis kulit bawang. Biarkan pemakaian yang part-time (hanya memakai purdah pada waktu tertentu) mengajar aku untuk lebih kuat mengenali Tuhan, lebih kuat mengahadapi pandangan orang, lebih kuat mengutip ilmu agama.

Moga Allah tercinta akan menguatkan setiap hati kita. Sesungguhnya bila mencintaiNya akan menemui ketenangan, rasa cinta paling agung.

Di Muzium Losong, 3 Mei 2014

Monday, March 31, 2014

Mimpi, Rindu dan Teguran Tuhan

31 Mac 2013...

Dalam kesibukan aku mengejar ilmu dunia dan akhirat di Universiti Kuala Lumpur MITEC, Pasir Gudang, tanpa ada sebarang klu, sebarang bayangan sebelumnya, semalam aku memimpikan arwah atuk sebelah ayah.
Perasaan? tak dapat digambarkan.. apa yang aku ingat dalam mimpi tu aku hampir jatuh dari tempat yang tinggi tapi sempat diselamatkan atuk.
lepas tu aku salam tangan atuk. lama....
sampai sekarang dapat rasa kekarnya tangan atuk. sampai satu masa dalam mimpi tu aku teringat yang atuk dah pergi tinggalkan kami.
dalam mimpi, badan atuk masih sihat, bukan kurus seperti selepas sakit menjengahnya.
mungkin.. ini teguran dari Tuhan supaya aku tidak lupa pada yang dah 'pergi'.
teguran untuk aku bahawa dunia ni tetap akan ditinggalkan suatu hari nanti.
teguran untuk aku terus mendoakan arwah atuk, atuk dan abang kembar.
sebenarnya.. aku rindu... :'(
rindu pada yang telah 'pergi', maka hadiahkanlah Yassin dan al-fatihah..
semoga Allah merahmati roh atuk dan abang.