31 Mac 2013...
Dalam kesibukan aku mengejar ilmu dunia dan akhirat di Universiti Kuala Lumpur MITEC, Pasir Gudang, tanpa ada sebarang klu, sebarang bayangan sebelumnya, semalam aku memimpikan arwah atuk sebelah ayah.
Perasaan? tak dapat digambarkan.. apa yang aku ingat dalam mimpi tu aku hampir jatuh dari tempat yang tinggi tapi sempat diselamatkan atuk.
lepas tu aku salam tangan atuk. lama....
sampai sekarang dapat rasa kekarnya tangan atuk. sampai satu masa dalam mimpi tu aku teringat yang atuk dah pergi tinggalkan kami.
dalam mimpi, badan atuk masih sihat, bukan kurus seperti selepas sakit menjengahnya.
mungkin.. ini teguran dari Tuhan supaya aku tidak lupa pada yang dah 'pergi'.
teguran untuk aku bahawa dunia ni tetap akan ditinggalkan suatu hari nanti.
teguran untuk aku terus mendoakan arwah atuk, atuk dan abang kembar.
sebenarnya.. aku rindu... :'(
rindu pada yang telah 'pergi', maka hadiahkanlah Yassin dan al-fatihah..
semoga Allah merahmati roh atuk dan abang.
Monday, March 31, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)
