Ada yang salah faham akan konsep dakwah..
ya..
Dakwah itu ada dalam pelbagai cara..
tak dinafikan..
tapi saya tidak menyokong golongan yang ingin berdakwah tapi dalam masa yg sama menjauhi orang yang ingin didakwah. tapi duduk kekal dalam golongan yang sudah terisi iman..
memang utk terus jadi baik beriman kita perlu bergaul dgn orang-orang baik, solehah..
tapi tak semestinya kita perlu menjauhkan diri daripada mereka yang belum bertudung..
kan lebih indah jika kita dekati mereka.
perlahan-lahan terapkan yang Islam ini indah.
Tunjukkan akhlak yang baik.
Itu juga dakwah.
Manalah tahu berkat dakwah itu kawan kita makin mendekati Islam sebenar.
paling tidak pun, kita mampu menasihati dia dengan cara berhemah..
Ingatlah..
yang belum bertudung, belum tentu neraka akhirnya..
dan tudung labuh juga tidak menjamin syurga

