Wednesday, November 20, 2013

BUATMU YANG SEDANG BERDUKA...

"Buatmu Yang Sedang Terluka"
"Apabila ujian dan mehnah melanda,
menangislah.
Kerana engkau
bukan malaikat dari cahaya
bukan nabi sudah pasti,
engkau seorang manusia..
Senjatamu adalah doa
usah melatah,
kerana pasti musuhmu sedang memerhati setiap langkah mu..
mengintai-intai dari celah,
mencari-cari salah,
barangkali boleh dibuat bukti yang sah.
dia mencari masa,
agar engkau merasa
sebuah kesakitan,
kerana cemburu dengan dirimu dalam kebahagiaan.
Menangislah,
kerana mungkin
kesakitanmu bukan
sekadar penebus dosa..
tapi mengingatkanmu
yang pernah alpa
tanpa sengaja..
menangislah di depanNya,
selagi punya rasa,
punya air mata..
mengalir dan basahlah mata,
Dengan syarat..
setelah bangkit kaukan tersenyum ketawa."
buatmu, yang sedang terluka.
#IndahnyaBerpurdah

0 comments:

Post a Comment