Monday, May 5, 2014

Bukan Wanita Sempurna

1 Mei 2014 bersamaan 1 Rejab 1435.

Melangkah satu langkah dalam perubahan hidup. 
Purdah yang dihadiahkan (percuma) oleh seorang kawan aku pakai pada hari itu. 
Sungguh, memang tak mudah walaupun ini impian aku sejak beberapa tahun yang lalu. Cuma aku terfikir, aku masih tak layak untuk mengenakannya. Bila difikirkan, bila lagi aku mampu andai aku menanti untuk benar-benar berasa bersedia.

Pemakaian ini masih part-time, kerana aku masih punya tanggungjawab yang perlu aku dahulukan. Ada sebabnya mengapa. Jangan pernah mengaharapkan aku untuk sempurna. 
Aku cuma Aisyah. Bukan Aisyah Humaira’ isteri tercinta Nabi Muhammad SAW.

Ilmuku masih dangkal. Imanku masih senipis kulit bawang. Biarkan pemakaian yang part-time (hanya memakai purdah pada waktu tertentu) mengajar aku untuk lebih kuat mengenali Tuhan, lebih kuat mengahadapi pandangan orang, lebih kuat mengutip ilmu agama.

Moga Allah tercinta akan menguatkan setiap hati kita. Sesungguhnya bila mencintaiNya akan menemui ketenangan, rasa cinta paling agung.

Di Muzium Losong, 3 Mei 2014

0 comments:

Post a Comment